Tuesday, June 16, 2009

Renung-renungkan ungkapan Bestari ini :

Berbuat baiklah kepada semua penghuni dunia dan Allah akan berbuat baik kepada kamu.

. Buku adalah Universiti yang boleh di bawa ke mana sahaja.

. Hanya orang yang Hebat boleh menjadi pendengar yang baik.

. Harga seseorang itu ialah ilmu pengetahuan.

. Keadilan itu syurga baru bagi orang yang dizalimi dan neraka bagi orang yang berlaku zalim.

.

Friday, June 12, 2009

Manusia dan Kegelisahan.

Manusia Dan Kegelisahan.

Dalam zaman moden ini, tekanan atau stress adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada hidup seseorang. Di mana-mana sahaja seseorang itu dapat menghadapi tekanan, tidak kira sama ada ketika belajar di sekolah ataupun universiti , bekerja di pejabat , bermain di padang , berada di dalam ataupun di luar rumah mahupun ketika sedang memandu kenderaan.

Setiap individu juga memberikan reaksi dan tindak balas yang berbeza-beza kepada tekanan yang dialaminya. Ada individu yang mampu menghadapi tekanan dengan mudah , tetapi tidak kurang juga yang terpaksa memerlukan sokongan dan bantuan orang lain ketika menghadapi tekanan. Apa yang pasti ialah ,tekanan ialah salah satu punca kepada hampir semua masalah dan kecelaruan psikologi. Tekanan yang berlebihan dapat mengakibatkan perasaan bimbang , gelisah , rungsing , sedih , dan kadang-kadang menimbulkan berbagai masalah psikosomatik.

Amalkan Zikir Harian Untuk Ketenangan Jiwa.